Categories
Kehidupan Wanita

Gadis usaha untuk kurus supaya ada keyakinan. Tapi ternyata kurus tu lagi banyak dugaan bila tunang tiba tiba jadi kuat cemburu.

Foto sekadar hiasan. Aku kenalkan diri aku sebagai Eka (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20 an dan sudah bekerja. Kurus Itu Membebankan – Mesti korang pelikkan dengan tajuk kisah aku ni. Okay macam ni. Aku gemuk sejak dari sekolah rendah sehinggalah aku habis study. Berat aku dulu mencecah 80kg dan tinggi aku cuma 159cm. Memang kategori 0besiti lah orang kata.

Walaupun aku gemuk, Alhamdulillah aku tak pernah ada masalah kesihatan. Aku tak pernah kena dianiaya atau disisihkan. Kawan-kawan aku semua baik-baik dan penyayang. Seingat aku, orang luar tak pernah kutuk atau tegur aku gemuk. Kalau diorang cakap belakang tu aku tak tahu lah kan. Cuma adik dan mak aku je la yang selalu nasihatkan aku untuk turunkan berat badan sebab dalam keluarga aku, aku seorang je yang gemuk.

Tapi setiap kali tu la ayah aku akan defend aku cakap aku okay je. Tak payah kurus. Asal sihat sudah. Tu yang penting. Ayah aku selalu manjakan aku dengan belikan aku makanan sedap-sedap. Kalau aku balik kampung, mesti dalam peti ais tu penuh dengan makanan kegemaran aku je. Disebabkan ni lah, sampai aku habis study, aku tak pernah terpikir nak diet sekalipun.

Bila naik bas, rupanya seat dia sebelah aku je. Jadi sepanjang perjalanan, kami bersembang dan dia mintak no telefon aku dan fast forward, setahun setengah selepas tu kami bertunang. Okay berbalik kepada kisah pasal kurus itu membebankan, masalah aku bermula bila aku start diet dan berat aku menurun. Dalam masa 8 bulan, turun 35 kg. Sekarang ni berat aku 45 kg dan ya aku dah berjaya kurus.

Mesti korang pelik kan kenapa aku tiba-tiba aku diet. Sebab utama ialah aku nak tampak kemas dan professional. Dulu aku tak berapa kisah sangat dengan penampilan. Tapi sejak bekerja, aku tengok bos aku dan kawan kawan peguam yang lain pergi ke mahkamah nampak kemas dan professional. Walau aku pakai sekemas mana pun, disebabkan badan aku yang gemuk, aku rasa macam aku nampak tak professional.

Bila pakai jubah peguam (robe) aku rasa macam penguin yang tengah berhujah. Semangat nak diet tu bertambah tebal bila adik aku bergurau kasar cakap nanti aku kahwin mesti nampak macam Handsome dan The Beast tengah bersanding. Sebab tunang aku hensem dan aku pulak gemuk macam beast. Eiii sentap betul aku time tu. Tapi bila fikir, betul jugak cakap adik aku tu.

Lepas tu aku belek-belek gambar pertunangan aku dan aku terus rasa aku nampak macam beast. So sejak dari tu aku pun start diet untuk nampak kemas dan juga untuk nampak cantik masa wedding aku nanti. Tapi bila dah kurus ni, aku ingat aku akan makin bahagia tapi macam-macam pula masalah timbul. Pertama, aku dah tak boleh pergi mana-mana sorang-sorang tanpa kena kacau dengan lelaki.

Dulu masa aku gemuk, aku tenang hati dan aman je makan sorang-sorang kat kedai mamak, kedai tomyam atau mana-mana restoran. Jalan malam-malam nak pegi kedai runcit atau beli burger pun rasa selamat je sebab takde orang nak tengok atau kacau aku. Orang jahat nak culik pun mesti pikir dua tiga kali sebab aku gemuk mesti berat nak angkat bawa lari. Haha

Sekarang ni bila aku pegi mana-mana atau pegi makan sorang-sorang mesti ade je yang kacau. Tiba-tiba nak join makan sekali la, mintak no telefon la. Paling aku rimas kena catcall. Padahal aku bukan pakai menggoda pun. Pakai tshirt yang sama masa aku gemuk dulu, seluar sukan, selipar jepun, tudung senget2, make up pon tak. Bezanya cuma aku kurus.

Kedua, aku dah tak boleh jadi peramah macam dulu. Kalau aku ramah lebih sikit je, mesti ada lelaki yang salah faham aku sukakan dia dan mula la nak luahan suka aku bagai. Padahal aku sembang macam selalu ja pun. Ketiga, tunang aku jadi semakin cemburu. Tunang aku ni baik dari segala segi. Cuma satu je, kalau dia dah cemburu, dia tiba-tiba jadi garang dan pendiam. Pening aku nak pujuk.

Lelaki tu selamba balas, “alah belum kahwin kan. tunang bila-bila boleh putus kan”. Makin menyirap drh aku. Rasa nak karate je mamat tu kat situ. Tapi tak sempat aku nak balas, tunang aku dah balik ke meja dengan muka masam dan lelaki tu pun terus mencicit keluar dari restoran. Aku cuba terangkan apa yang berlaku dekat tunang aku, tapi dia tak nak dengar.

Dia suruh aku terus pergi basuh tangan (ye tak sempat makan habis pun ayam goreng sedap tu huhu) dan tunang aku terus pergi bayar dekat kaunter. Lepas tu dia suruh aku masuk kereta. Tunang aku diam membatu je sepanjang dalam kereta. Muka pun lebih masam dari cuka. Sekarang ni aku rasa macam aku nak gemuk balik je macam dulu supaya hidup aku akan lebih aman dan sentosa.

Tapi tu la, baju nikah dan baju wedding aku pun dah tempah ikut ukuran aku yang sekarang ni. Kalau aku tiba-tiba mengemukkan diri balik, nanti tak padan pulak baju-baju tu. Tarikh nikah pun lagi 2 bulan je. Bila aku cerita dekat best friend aku, dia cakap apa yang aku hadapi sekarang ni adalah dugaan dalam pertunangan.

So, just chill dan relax, berdoa banyak2 dan jangan nak mengelabah makan banyak-banyak untuk gemuk balik. Setakat ni lah luahan aku. Terima kasih banyak kepada yang sudi membaca. Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini. Baizurah Rusli –Elok la kiranya saudari pakai purdah. Saya yakin keadaan ni akan berubah.

Noor Aini Mat Saat –1st time baca luahan orang tak suka kurus. Act awak ni baik hati lah, comel je. Happy go lucky gtu. Takpe la bab tunang tu kalau awak kenal buruk baik dia, mesti leh handle dia macam mana nt. Dia terima awak dl pun bkn sebab awak kurus ke gemuk. Jadi kena betul betul explains and bgtau dia mesti dia faham. InshaaAllah.

Rohayati Ismail –Eeeeiiiii, comel betul lah budak ni. Dah, tak payah gelabah nak gemuk dik. Lagi 2 bulan nak nikah. Akak doakan lepas nikah nanti, ko bunting pelamin. Ko mengandung dan jadi gemuk. Then lepas besalin ko tak kurus2. Macam akak. Noor Hidayah Ahmaad –Xper dik confessor.. sabau yea.. Dah kahwin nnt, badan akan naik dengan sendiri tanpa dipaksa.. hehehe.. sebab masa akak kahwin dulu, berat cuma 44 kg jer.. Ni dh nak masuk 15 thn, x payah ckp lah naik berapa kg..

Tengah baca luahan adik ni pun, akak ralit mengunyah maruku walaupun baru lepas makan nasi sepinggan dengan 2 ketul kuih tadi.. Ntah bilanya nak diet.. Fyyd Arsat –Mungkin kena pakai jubah peguam tu sampai ke luar mahkamah, pi makan, pi tandas awam, pi jalan2, jangan tanggalkan.. mungkin baru lah diorg takut sikit nak sesuka hati tegur ko kot… haha.. gurau jek..

Pada aku la, mungkin tukar cara kau berpakaian. jangan nampak macam perempuan yang mudah ditegur tegur. sebab ramai je yang kurus2 lawa, orang takut nak tegur, rasa inferior, atau bahasa pasarnya buat lelaki yang melihat rasa rendah tak setaraf ala2 cerita kasim selamat. Sebab macam ko cakaplah, penampilannya nampak profesional. kalau ko rasa susah nak achieve, cara paling berkesan, ko pki niqab je. dah setel.

Barulah tunang ko konfiden 100% kecantikan dan kekurusan ko untuk suami semata mata. Zirawati Fizra –Saya dulu masa bujang pernah kurus. Pastu lepas kahwin, gemuk sampai 80kg. Atas nasihat doktor O&G, saya diminta kurangkan berat badan 2 atau 3 kilo je. Tp terkurus sampai 70 kg. Alhamdulillah saya pregnant selepas 3 tahun ttc. Sekarang baby dah nak masuk 10 bulan. Ok cerita ni takde kaitan. Cuma nak bagitau sekarang saya dah gemuk balik. Hahaha. Sumber: Eka (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kredit: edisimaya

Categories
Home Kehidupan Kesihatan Makanan

gemuk, obesiti wajib sertai program kurus

MOJOKERTO (INDONESIA): Saiz ternyata menjadi ukuran penting untuk polis di Jawa Timur kerana mereka diwajibkan menyertai program menurunkan berat di Akademi Polis Negeri di Mojokerto, Jawa Timur. Kesemua pegawai dengan berat badan berlebihan akan diarahkan menyertai program terbabit bermula 15 hingga 26 Julai, kata jurucakap Polis Jawa Timur, Komisioner Kanan Frans Barung Mangera.

“Ia adalah program direka khas untuk menurunkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) khusus bagi pegawai dengan berat badan berlebihan dan obes,” Frans dipetik kompas.com sebagai berkata. Sepanjang program, peserta wajib mengikuti semua acara yang disasarkan untuk menghapuskan lemak seperti larian, memakai jaket payung terjun, perbarisan panjang, gimnastik aerobik, berenang dan beberapa aktiviti sukan lain.

Selain aktiviti berbentuk fizikal, peserta juga akan menerima bimbingan psikologi. “Dengan panduan dari pakar pemakanan dan perubatan yang disediakan polis Jawa Timur, diet harian dan menu peserta akan diubah bagi memastikan objektif program berjaya direalisasikan,” kata Frans lagi. Obesiti kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti jasmani, dan kerentanan genetik.[1] Terdapat kes terpencil didapati disebabkan oleh gen, kecelaruan endokrin, pengubatan, atau penyakit mental.[5] Tiada bukti kukuh sebenarnya yang menyokong pandangan bahawa orang obes makan sedikit tetapi berat masih bertambah kerana metabolisme yang rendah.[6] Secara kebiasaannya, orang obes mempunyai penggunaan

tenaga yang lebih banyak berbanding orang yang kurus kerana banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan jisim badan yang bertambah.[Sasaran utama program jelas beliau, adalah membolehkan pasukan berkenaan memberi perkhidmatan lebih cekap dan efisien. “Ia bagi memastikan mereka mampu bertindak serta bergerak pantas kerana berat badan berlebihan akan menyukarkan pergerakan,” katanya. – sumber beritaharian