Categories
Kisah rumah tangga

Wanita ini baru berkahwin 6 bulan tapi masih belum hamil. Mak mertua cop wanita ini mandul. Tak sangka akhirnya ini respon dari suami.

Assalamualaikum semua reader, admin. Saya nak ucapkan terima kasih kerana cerita ini disiarkan untuk tatapan pembaca. Saya baru berkahwin. Ada dalam 6 bulan. Suami saya, Amin, adalah pegawai kerajaan. Saya masih ade mak dan ayah yang tinggal dimuar. Selama saya kahwin, sementara menunggu rumah quarters, saya duduk dgn mak mertua saya. Mak mertua saya terkena angin ahmar lmpuh seluruh badan kecuali bahagian mukanya.

Sebelum kahwin semua indah. Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan amin sangat hormat saya. Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa berubah total 360 darjah.Sepanjang perkahwinan saya, sedikit sekelumit kasit sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa. Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seuruh menantunya sebelum saya. Mental mak mertua saya berkata kalau saya dan menantu2 nya ni nak ambil anaknya dari dia. Apa sahaja yang dilakukam oleh saya salah.

Kalau saya masak, yelah masakan kampung , saya dr kampung, masak asam pedas, lemak, kari, gulai, dan masakan kampung lain, sedikit tak dicubitnya. Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan nye hanya eei, aku tak makan makanan ni. Dlm hati saya kata, Whaat??

Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan amin masak, wlhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli. Saya hanya beristighfar.Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan amin keluar, mak herdik saya. Bodoh punye pompan, aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers da penuh dgn tahi semua. Saya hanya menahan air mata.

Dalam rumah tu sedikit pom adik perempuan amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian. Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna machine. Alasan saya da biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung. What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.

Bila saya minta tolong dengan adik perempuan amin bersihkan rumah dia jawab , semua menantu mak adalah bibik. Omaigod, aku ni diberi maskawen atau dibeli ? Jam 6 sehingga 12 tengah malam saya bertukang sebagai suri rumah sepenuh masa, adik perempuan die ke dapur hanya untuk masak makanan dia dan mak sahaja.

Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas, biawak hidup dan macam² lagi.Bila suami saya utarakan nak balik muar rumah saya, mam mertua saya marah. Kerana kos² nak kesana banyak pakai duit. Wait2, i said to my mak mertua, mak, nor tak pakai duit amin pon nak balik, nor pakai duit nor.

Saya pulak diherdiknya sehinggan amin bertengkar dgn mak. Medan prang berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya.Saya tiap hari mengadu dgn amin, tetapi die endah tak endah. Dia kata hanya perasaan sy. Saya da tak tahan lagi. Banyak cara sy da buat u tuk lembutkan hati mak mertua sy. Saya baru kahwim 6 bulan dan belum mengandung. Mak mertua saya cop saya mandul. Berat dugaan ni.

Suami saya pulak jenis tak kasi keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa. Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar. Contoh hangout dgn kawan², dengan saudara mara. Tapi amin tak memberi kebenaran pada saya. Dia kuat cemburu.

Eventhough saya keluar dgn kawan perempuan pon tak diberinya. Dia kata, kawan perempuan saya bersubahat utk sya duakan dia. allahu, macam tu sekali die tak percayakan saya. Padahal saya da kahwin dgn dia .Maaflah reader semua, saya minta pendapat. Ape perlu saya buat? Nak pindah, tunggu quarter dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya.

Categories
Home ilmu Makanan

Memandulkan kucing sama penting dengan beri makan kepadanya

SHAH ALAM: Ihsan dan simpati masyarakat terhadap haiwan jalanan, khususnya kucing semakin baik sejak kebelakangan ini, namun kesedaran terhadap keperluan pemandulan dan vaksinasi masih perlu diperbaiki.

Ramai daripada kita yang tidak kisah memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan, tetapi sedarkah kita ia menyumbang kepada pembiakan tidak terkawal haiwan ini di jalanan?

Itu merupakan fokus penganjuran acara Kucing Angkat anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, dengan kerjasama The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), yang berlangsung pada 4 Ogos lalu.

Sudah beberapa kali dianjurkan, program ini bukan sekadar mempromosikan slogan ‘adopt, don’t shop’, tetapi juga mendidik masyarakat untuk menyedari betapa pentingnya memandulkan dan memberi vaksin kepada si comel.

“Kami nak ingatkan kepada orang ramai yang suka bagi makanan kepada kucing, tak salah bagi makan tapi sekurang-kurangnya kena mandulkan kucing-kucing itu. Sebab itu dalam program hari ini, kami jemput juga veterinar dan SPCA untuk beri maklumat kepada orang ramai.

“Vaksinasi itu penting jika anda bela kucing tapi jika anda hanya memberi makan, kami harap anda akan mandulkan sebab kami mahu elakkan pembiakan yang tidak diperlukan,” kata Pegawai Kesihatan Persekitaran MBSA, Nurhidayah Abdul Razak.

Orang ramai yang mahu mendapatkan diskaun harga bagi pemandulan dan vaksin boleh menghubungi SPCA untuk mendapatkan senarai klinik haiwan di Selangor yang menawarkan harga lebih murah berbanding biasa.

Turut ditekankan adalah kepentingan menjaga kebersihan, baik bagi pemilik, mahupun mereka yang hanya memberi makan kucing jalanan.

“Penting jaga kebersihan, jadi pemilik atau feeder perlu ambil berat hal kebersihan. Ada orang tak kisah kucing berkeliaran di kawasan rumah tetapi bila kucing itu berak merata-rata, itu yang jadi masalah.

“Kadang-kadang sampai bergaduh dengan jiran pasal kucing. Perkara ini takkan berlaku kalau pemilik atau feeder lebih prihatin,” tambah Nurhidayah.

Pendapat bahawa pemandulan menyeksa haiwan juga sebenarnya tidak boleh diguna pakai kerana ia terbukti memberi manfaat dari segi fizikal dan psikologi kucing.

“Kucing yang dimandulkan akan lebih behave, tidak ‘memancut’ dan lebih manja. Dari segi fizikal, bulu kucing akan lebih lebat dan sihat,” kata wakil Tawakkal Veterinary, Nazri Karim.

Kesemua kucing yang diletakkan di bawah Program Kucing Angkat ini sudah dimandulkan dan diberi vaksin, dan bakal pemilik hanya perlu membayar RM30 untuk membawa si comel ini pulang. sumber Awani