Categories
Kehidupan

Terpikat dengan gadis nasi lemak, pilot ini bersungguh sungguh nak tamatkan zaman bujangnya. Tapi akhirnya tak sangka ini yang terjadi.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Cerita yang berikan pengajaran untuk kita semua, semoga menjadi iktibar. Selamat membaca, komen yang murni murni jee yee 🙂

Assalam dan hai guys. Aku harap admin approve confessor ni sbb ini iktibar berguna utk yg belum berkahwin spya jgn perjudikan masa depan dengan orang yg salah. Ini bukan cerita aku tapi kenalan aku. Aku gelarkan yg lelaki ni Amir & perempuan tu Mira lah yer supaya sng nak cerita. Ni nama samaran jer.

Ok, si Amir ni memang sedang mencari calon nk buat bini sbb umur pun dah cecah 30tahun. Dia pun suka budak2. Kerja pulak memang dah masyuk sesangat. Kalau ikutkan, banyak aje pramugari2 kat airport tu duk mengorat dia tapi untuk buat bini dia nak cari perempuan yg bajet muslimah, xligat sangat & yang boleh duduk rumah je lepas kahwin. Duit belanjer, shopping & spa ke dia tapau semua. Yang penting duk rumah jaga anak dan jaga dia je.

Kisahnya bermula bila satu hari dia ternampak girl ayu tolong mak dia jual nasi lemak. So start dari haritu, if tak fly dan ade kesempatan je memang dia asyik singgah beli nasi lemak kat situ and sebab dia ni pakai kereta harga ratus ribu so tak susah nak mengayat. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga.

Tup-tup lepas 3-4 bulan tengok2 dah bertunang si Mira dan Amir. Serius benarlah dia dengan perempuan tu. Untung bebenor jadi perempuan cantik kan dan girl tu memang cantik orang nye. Tapi konflik bermula masa diorg dua2 family nk discuss utk majlis kahwin. Patutnya kahwin sebelum puasa aritu tak silap.

Dan macam diorg ni dua2 orang KL. So si Amir ni cakap better combine saje majlis, jimat sikit dan bolehlah dia buat grand2 kat hotel ke. Lagupun yg perempuan tu memang mak ayah orang KL. KL means keluar rumah je dah nampak KLCC dari jauh bukan duk Banting Sepang Sabak Bernam ke. So better combine je kan. Tapi yg bakal mak mertua n bakal ipar duai si Amir tak setuju. Diorang nak buat jugak dekat rumah diorang plus 1 atau 2 lagi kenduri dekat kampung halaman belah nenek2 diorang.

Yela, time nikah nilah nak tunjuk kat semua orang yang anak dara dia walau belajar tak tinggi sangat tapi boleh kahwin dengan orang kaya. Bakal menantu fly sana fly sini, banyak duit, berharta & segak bergaya pulak tu. So si Amir ckp boleh buat kenduri seperti yang diminta. Then keluarga perempuan tu pun mintak duit untuk kenduri tu semua dari si Amir sebab katanya diorangg pun xde duit.

Eh eh, ingatkan diorang ade duit sampai nak buat kenduri 2-3 tempat. Rupanya nak paw si Amir jugak. Amir pun cakap bolehlah dia bagi berapa belas ribu camtu kut selebihnya diorang tambahlah. Tapi diorang tak puas hati and cakap mana cukup camtu. Boleh2 kena bagi 20-30 ribu untuk cover kenduri kendara.

Hmm.. banyak cantik diorang, yang majlis grand kat hotel tu si Amir tu jgk nk keluar berpuluh ribu. Bukan share2 duit pun. Ko bajet anak ko doktor, lawyer, model atau instafamous ke nak kena keluar dekat 100k utk kahwin. Amir pun tak puas hatilah sebab dia dah banyak keluar duit sebab dia baru beli rumah yang harga nak cecah jutaan ringgit kat Selangor ni. Punyerlah nak bagi anak bini selesa. Means si Mira ni cuci kaki je kalau kahwin dengan dia. Tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah.

Last2 takde kata putus sebab family Mira nak jugak buat kenduri banyak2. Maybe dia fikir kalau jemput org taman atau kampung datang hotel nanti tak ramai yg datang. So kenalah jugak buat dekat semua tempat supaya semua orang boleh datang kenduri & tengok bakal menantu diorang.

Punyerlah nak show off. Maka terbongkarlah cerita2 yang sebelum ni yang diorang ade mintak duit si Amir utk buka bisnes lah apelah, belum ape2 dah mintak itu ini. Buruk perangai. So diorang dua2 pihak berkeras dengan keputusan masing2. Famili Amir cakap buat 1 tempat, famili Mira cakap kena buat kat banyak tempat. Last2 keluarga si Mira bagi tempoh beberapa bulan utk Amir kumpul duit.

Korang nak tau apa?? Jeng3.. Dalam proses bertenang untuk kumpul duit tu, tiba2 si Amir decide putus tunang! Hambek ko. Amir cakap belum ape2 dah tunjuk belangnya. Esok dah kahwin mahu bengkok dia jadi mesin ATM Mira & family si Mira. Famili Mira pujuk2 dan runding pun Amir tetap taknak dah dekat Mira.

So maybe Mira sekarang sedang menangis tak berlagu dek kempunan duk rumah mewah, travel overseas dan bajet princess pergi spa, shopping LV. Tamak sangat last2 langsung tak dapat apa. Kira okeylah si Amir tak kisah pun Mira dan family Mira siapa berbanding dgn status dia. Alih2 nak demand lebih2.

Moral of the story: Sesiapa yg ada dan situasi camni ke atau adik bradik camni ke, please jangan jadi bodoh. Orang gaji sebulan berpuluh K macam si amir pun tak tahan, ko expect kalau gaji 2-3 ribu tahan ke kalau orang jadikan ko mesin ATM. Lainlah kalau susah senang bersama tapi ni semua lelaki yg sediakan, banya cantik.

Please janganlah kahwin kalau pasangan atau family pasangan korang camni. Lepas kahwin kita perlu simpan duit nak beli rumah lah, anak sekolah. Kalau asyik kena paw sampai ke tua tak boleh menyimpan. Last2 botak kepala. Aset pun takde. Macamana nak bahagia. Kalau bakal bini tu gaji besar ada pelajaran takpe, ni belajar tak tinggi mana. Memang tak bantu sumbang duitlah. Harap muka je cantik.

So jangan jadi bodoh, perempuan kat luar banyak lagi. Please jangan hadap sangat dengan puak2 pengikis ni. Tak jadi kahwin tak teruk mana pun berbanding berpisah bila dah ada anak. Tolong jadi cerdik macam si Amir yer. Sekian.

Categories
Home Kehidupan

Juruterbang cuai di ambil tindakan

NEW DELHI: India menggantung tugas seorang juruterbang kerana menghantar amaran rampasan kapal terbang secara tidak sengaja kepada kawasan trafik udara ketika penerbangan domestik bulan lalu.

Kapal terbang AirAsia India, yang melakukan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar, mengalami masalah enjin terhenti dan kapten mengarahkan pegawai pertama, Ravi Raj, menghantar kod kecemasan untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai keadaan itu.

Raj sepatutnya menghantar kod 7700, tetapi tersilap memancarkan 7500 iaitu kod untuk kes rampasan kapal terbang, kata Direktorat Penerbangan Sivil (DGCA) India dalam kenyataan semalam.

Ia dianggap amaran keselamatan besar-besaran di seluruh dunia.

Butiran terperinci mengenai reaksi pihak berkuasa India ketika kejadian tidak diperoleh, tetapi media tempatan melaporkan bulan lalu bahawa prosedur bagi mengendalikan kes rampasan kapal terbang dilakukan.

Pesawat Airbus A320 itu mendarat dengan selamat di bandar raya Chandigarh.

Raj didapati bersalah cuai dan digantung tugas tiga bulan, kata DGCA, dan kapten penerbangan itu juga diberi amaran supaya lebih berwaspada.

AirAsia India, kerjasama antara gergasi penerbangan murah Malaysia, AirAsia dan Tata Sons di India, memberitahu agensi berita Press Trust of India ia menerima kenyataan akhir mengenai perkara itu yang menyaksikan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar dilencongkan kerana isu teknikal tetapi tidak memberikan maklumat lanjut. — AFP