Categories
Kisah rumah tangga

3 tahun isteri taknak mengandung. Akhirnya suami buat sesuatu sampai terbeliak mata isteri.

Status kawan saya mulanya adalah isteri. Ibu kepada 3 orang anak. Dulu bekerja sebagai Jurutera tapak binaan. Dia seorang wanita yang cantik. Baik hati dan solat tak pernah tinggal. Walaupun dah berkahwin tapi masih lagi nampak macam anak dra. Dia ada aura yang tersendiri. Saya juga mengenali suaminya. Suaminya seorang yang baik. Sebaik dia.

Tapi perkahwinan mereka tak berjalan indah dan tak normal. 4 tahun tak tidur bersama walaupun serumah. Walaupun begitu mereka nampak bahagia di mata orang lain. Kawan saya ni penyabar sangat. Cara dia menangani masalah rumah tangga dia dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti amal dan travel. Ramai pakar perubatan traditional merumuskan punca rumahtangga mereka disebabkan sihir.

Tapi mereka dah berikhtiar sehabis yang mampu. Berbagai cara dia pujuk suaminya termasuk mengizinkan suaminya berkahwin lain dan dia telah berhenti kerja. Tapi suami dia sampai sekarang tak kahwin lain. Kalau saya dapat izin isteri tak tunggu lama dah. Esok jugak saya kahwin lain. Kawan saya ni ramai orang suka. Ada yang datang rumah merisik sebab ingatkan dia tak kahwin lagi.

Setakat nak cari pengganti suami dia rasanya tak payah tunggu sampai habis edah. Ramai je yang tunggu dia jadi janda. Termasuk saya. Tapi saya terpaksa ketepikan perasaan tu sebab dia dah anggap saya macam saudara kandungnya. Mak saya sebagai mak dia sebab dia dah tak ada mak. Sehingga pada suatu hari dia mengadu kat saya yang dia dah sepakat nak settlekan masalah rumahtangga mereka.

Suaminya pun kata dah sepakat nak berpisah cara baik. Suaminya dah lama nak lepaskan dia tapi dia je yang tak mahu. Mereka lebih selesa bersama hanya sebagai sahabat. Saya kesian kat kawan saya. Saya bincang dengan isteri saya tentang poligami sebab isteri saya ni tak nak mengandung sudah nak masuk 3 tahun dia merancang sebab nak enjoy dulu hidup berdua.

Terbeliak mata isteri bila dpat tahu niat murni saya. Sekali isteri saya mengamuk dan serbu kawan saya. Terus kawan saya menjauhkan diri daripada saya. Tapi kami kawan sejak kecil dan dah macam adik beradik. Gaduh sekejap je dan berbaik semula. Lagipun kawan saya tak terbuka hati langsung nak terima saya. Semenjak hari itu isteri saya berubah 100 peratus.

Ambil berat pasal saya, kalau tidak dengan kawan-kawan dia je. Dan Alhamdulillah dah mengandung sekarang. Tak jadi poligami. Tiba-tiba kawan saya beritahu dia dah jatuh cinta dengan seseorang. Orang tu duda yang baru berpisah dan masing-masing dah tahu status masing-masing. Kawan saya ni susah nak jatuh cinta. Tapi bila dia kata dia dah jatuh cinta memang dia sayang sangat kat orang tu.

Mudah sangat jalan cerita pertemuan dan kisah jatuh cinta diorang. Saya dah mula risau hati dia dipermainkan. Saya tak kenal duda tu. Tapi mesti seorang yang hebat sebab taste kawan saya ni bukan calang-calang. Gossip dah tersebar. Maklumlah orang cantik. Belum lagi berpisah dan masih dalam tempoh bertenang dengan process perpisahannya ramailah kawan-kawan lain yang nak try masuk jarum.

Tapi ditolak baik oleh kawan saya. Macam mana dia tolak saya begitulah dengan yang lain. Duda tu berjanji akan tunggu kawan saya. Percintaan mereka nampak indah sebab kawan saya sangat ceria. Sekian lama tak nampak dia gembira sebegitu. Dia bahagia menceritakan impian barunya kepada saya. Dia tak impikan perkahwinan semula yang gemilang. Tak perlukan duit hantaran dan cukup dengan mas kahwin dan akad nikah sahaja.

Dia tak akan menyusahkan bakal suaminya kelak. Tapi memang begitulah cara kawan saya menyintai seseorang. Dia tak akan menyusahkan orang yang dia sayang. Sehingga pada suatu hari. Saya vide0 call dia dan nampak matanya bengkak. Dari apa yang diceritakan duda tu rujuk semula dengan jandanya demi anak-anak. Macam yang saya katakan kawan saya ni kalau dah sayang memang akan sayang sangat sangat.

Dia sanggup menjadi isteri kedua sebab duda ni pun sayang kat dia katanya. Dan saya yakin dengan ilmu agama dan tahap kesabaran yang dia ada, dia mampu survive hidup berpoligami sebab itu sebagai kawan saya tak menghalang. Haish.. kenapalah bukan dengan saya. Perpisahannya pun berjalan dengan lancar dan baik. Mereka dah sampai tahap redha sebab tu tak rasa kecewa.

Anak-anak semua tinggal dengan bekas suaminya sebab bekas suaminya nak kawan saya cari bahagianya sendiri. Tapi malang bagi dia. Lelaki tu tak sayang kat dia macam mana dia sayangkan lelaki tu. Lelaki tu kuat mengayat perempuan lain dekat facebook. Walaupun dah mempunyai isteri dan kawan saya sebagai kekasih tapi masih mengayat perempuan lain lagi. Lelaki tu hanya mempermainkan perasaan kawan saya.

Lelaki itu sebenarnya biasa je dari segi rupa dan harta tak sehebat mana seperti yang saya sangka. Macam manalah kawan saya boleh jatuh hati. Tak berbaloi rasanya drta dan kecewa dia pada orang yang sebegitu. Tiap hari kawan saya menangis teringatkan lelaki tu. Saya nasihatkan kawan saya supaya bersabar, sembahyang istikharah dan tahajud setiap malam supaya dia dapat kumpul kekuatan diri untuk meneruskan atau memutuskan sahaja perhubungan.

Alhamdulillah, kawan saya mampu tinggalkan lelaki tu walaupun saya tahu hatinya retak seribu. Sekarang, dia dalam proses move on. Saya doakan Allah tak membolak balikkan hati kawan saya dan semoga lelaki itu mendapat balasannya kerana mempermainkan hati kawan saya.

sumber: ekisah

Categories
Kehidupan Kisah rumah tangga

Taktahu mana silapnya sepanjang jadi isteri sampai suami tergamak cari yang lain.

Gambar sekadar hiasan. Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami. Jom baca perkongsian seorang wanita tentang kisah rumah tangganya. jadikan pengajaran bersama.

Assalamualaikum. Saya sekadar nak meminta pandangan semua. Saya dah berkahwin almost 4 years dan mempunyai satu orang anak perempuan. Sekarang tengah preggy anak yang kedua 11 weeks. Tahun lepas saya dan suami pjj selama setengah tahun. Saya di pantai timur dan dia di selatan. Masa bulan 12 tahun lepas dia balik ambil saya di kampung dan bawa tinggal bersama dia. Dalam bulan 12 kami bergaduh besar sebab kantoi dia ada perempuan lain dengan saya sepanjang saya di kampung.

Masa tu saya kecewa separuh jiwa, saya tak sangka suami yang saya percaya sangat sanggup buat macam tu dengan saya. Saya ada minta dia lepaskan saya, saya merayu rayu tapi dia menangis dan minta bagi dia peluang kedua. Sebab sayang, saya maafkan silap dia. Saya tanya dia sama ada dia pernah terlanjur dengan kekasih dia, tapi dia tak mengaku. Saya bagi dia peluang. Dosa dia semua saya maafkan, selebihnya saya minta dia taubat pada tuhan.

Selama 3 tahun bersama. Dia memang seorang suami yang baik, sempurna, dia tak da ramai kawan tak suka melepak takde hobi tak pernah keluar dengan kawan kawan. Kalau dekat rumah dia banyak tolong saya buat kerja rumah, periuk belanga semua dia basuh, cuci pakaian, kemas rumah sebab tu saya tak pernah sangka yang dia ada perempuan lain. Dengan anak pun dia rapat sangat. Dengan saya, sekali pun dia tak pernah tengking, marah, tinggi suara.

Mak ayah dan keluarga saya sangat menyayangi dia sebab dia baik dengan semua orang. Lepas dia kantoi tu, dia minta peluang kedua dan saya tengok dia betul betul tunjuk usaha yang dia memang nak jaga hubungan ni. Dekat rumah kalau dia balik kerja, dia terus buat kerja2 rumah. Siapkan keperluan anak dia. Kadang baju saya pun dia kutip, basuh dan jemur. Saya dah bekerja, dia banyak tolong saya buat kerja rumah.

Saya selalu mimpi bukan bukan pasal dia. Kadang2 hati rasa tak sedap. Takut dia buat lagi perangai dalam diam. Saya selalu doa pada Allah kalau dia bukan jodoh saya. Saya minta Allah jauhkan saya dari dia. Satu hari masa saya kat tempat kerja, saya terlintas nak buka emel dia. Emel yang selalu dia guna kalau ada urusan kerja. Saya tak pernah terlintas nak check apa apa. Satu hari saya dapati dia ada akaun fb lain, dalam tu penuh chat2 dengan perempuan lain.

Semenjak saya kahwin lagi rupanya dia senyap-senyap berbalas chat dengan ramai perempuan. Saya terkejut, banyak chat yang tak senonoh dengan perempuan lain. Chat dari tahun 2016, 2017, 2018. Rupanya dah lama dia tak jujur pada saya. Saya tak sangka, suami yang saya sangka baik. Rupa nya begitu. Saya betul betul terkejut, selama berkahwin saya tak pernah syak dia akan buat macam tu.

Mungkin dia pandai sorok. Tak tahu mana silap nya sepanjang menjadi isteri dia saya yang sanggup susah senang dengan dia even sampai makan nasi dengan telur pun saya tak kisah. Saya yang selalu ada dengan dia dari dia takde apa apa sampai la sekarang dia ada kerja yang baik. Rupanya dia lansung tak pernah sayang kan saya. Jadi selama ni perbuatan baik yang dia buat, hari hari ucap sayang.

Rupanya palsu. Kecewa nya saya Allah sahaja yang tahu. Saya sekarang hanya fikir nak berpisah, walaupun kesilapan yang dia buat tu dah lama. Tapi tetap menghancurkan hati saya. Kadang saya doa pada Allah saya tak nak anak dalam rahim saya ni. Dia akan membebankan saya.

Berdosa ke saya ? dia hari hari merayu menangis pujuk saya , dia mengaku tu silap masa lalu dia. Dia cakap dia dah bertaubat.. dia memang dari dulu lagi tak pernah tinggal solat, perlu ke saya percayakan suami saya lagi? Perlu ke saya teruskan hubungan saya dengan dia.. walaupan hati saya tersangat kecewa. Bantu saya.

Sumber: kisahrumahtangga

Categories
Home islam

Suami memberi Nafkah bila isteri tidak melakukan tanggungjawabnya

SOALAN:
Seorang isteri yang tidak mengambil berat tentang keperluan batin suami sehingga menjangkau setahun dan kerap mengelak ajakan untuk bersama dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri?

JAWAPAN:

Hikmah Perkahwinan

Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
“Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.” [Riwayat Muslim (1467)]

Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpamakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau menyatakan hikmah perkahwinan di antaranya ialah:

  • Memenuhi keperluan fitrah manusia
  • Mengembangkan masyarakat islam dengan keturunan
  • Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
  • Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
  • Memelihara generasi manusia yang sejahtera
  • Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/13-16)

Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Nafkah adalah pembelajaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)

Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah al-Talaq: 7)

Para ulama’ bersepakat (ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah: 233)

Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri

Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:

  • Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersama dalam keadaan yang dibenarkan syara’. Dan sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya.
  • Isteri ikut tinggal di rumah yang dipilih oleh suaminya. Dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara’.

Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)

Nusyuz

Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya yang diwajibkan oleh Allah SWT. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)

Firman Allah SWT:

اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah al-Nisa’: 34)

Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
“Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka Malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.” [Riwayat Muslim (1436)]

Cara Mengatasi Nusyuz

Apabila terdapat tanda-tanda Nusyuz daripada seseorang seperti ia bersikap kurang enak dan bermasam muka. Atau pun seseorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada suaminya. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji mengajar cara mengatasinya dengan:

  • Suami sunat menasihati dengan berdasarkan kitab Allah SWT serta mengingatkan tanggungjawab yang diwajibkan Allah SWT ke atasnya berkenaan dengan pergaulan mesra serta sanjung martabat suami. Dan menasihati tentang kemurkaan Allah SWT serta balasannya.
  • Dan sekiranya masih tidak berubah, suami hendaklah mengasingkan dan meninggalkannya bersendirian di tempat tidur. Perbuatan ini sungguh berkesan untuk mendidiknya.
  • Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.

Jika perselisihan masih tidak mampu diselesaikan maka ia hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik orang tengah yang beragama Islam dan adil. Dan orang tengah itu hendaklah berusaha sedaya upaya mendamaikan suami isteri tersebut. (lihat: al-Fiqh al-Manhaji 107-108)

Firman Allah SWT:

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah ‘orang tengah’ (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua ‘orang tengah’ itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah al-Nisa’: 35)

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya.

Oleh itu, suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran:

  • Menasihatinya secara berhikmah dengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.
  • Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidurdaripada isterinya tersebut.
  • Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakandengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.

Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat didalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Categories
Home islam

Melepaskan pasangannya kerana tidak mahu gula getah.

LUCKNOW – Seorang lelaki di India menjatuhkan lafaz ke atas pasangan di kawasan pekarangan sebuah mahkammah siviil di India selepas wanita itu enggan menerima gula-gula getah yang diberikan olehnya.

Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu apabila Simmi, 30, dari perkampungan Amrai bersama suaminya, Syed Rashid yang dikahwini pada 2004 hadir di Mahkaamah Siviil Lucknow untuk perbicaraan kes wang hantaran yang difailkan ke atas mertuanya.

Wanita itu sedang bercakap dengan peguam bela ketika suaminya memberikan gula-gula getah tersebut, namun ditolak olehnya.

Dalam keadaan marah, Rashid terus lepaskan pasanganya di hadapan peguam terbabit.

Susulan itu, sebuah kes telah difailkan ke atas Rashid di bawah pelbagai Akta Wanita Islam (Perlindungan Hak Perkahwinan) 2019 dan satu siasatan turut dilancarkan.

Julai lalu, Parlimen India meluluskan rang undang-undang melarang perpisahan yang dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Pada 2017, Mahkamah Agung turut mengisytiharkan amalan itu sebagai tidak berperlembagaan. – Agensi